Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia
“Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya”
Secara Ringkas Proses Tukar Nama adalah seperti berikut :
Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Orang Telah Meninggal Dunia
1.Selesaikan Pembahagian Harta.
2.Surat Kuasa.
3.Buat Ujian Di PUSPAKOM.
4.Perbaharuan Insurans Atas Nama Pemilik Baharu.
5.Sediakan Dokumen Yang Lengkap Untuk Urusan Di JPJ.
6.Hadir ke JPJ.
7.Perbaharui Cukai Jalan.
Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut
Senarai Borang Dan Panduan Tukar Nama Geran Kenderaan Kematian Pemilik
Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut
- Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009) Borang TM-3
- Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka) Borang JPJ K3A
- Laporan B5 kelulusan pemeriksaan kenderaan atas tujuan Pindah Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah (Kecuali Motosikal)
- Geran asal / salinan maklumat pemilik baru (kad pengenalan)
Dokumen pengesahan pemilikan jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut :
- 1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
6. Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti
Sebelum Berurusan Dengan Pihak JPJ
- Waris atau keluarga bagi pemilik kenderaan yang meninggal dunia itu perlu pergi ke cawangan Bahagian Pusaka Kecil, atau Amanah Raya ataupun ke mana-mana Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan surat perintah / akaun/ arahan bagi pengesahan pemilikan baharu (penerima pusaka) bagi kenderaan tersebut
- Setelah proses berkenaan selesai, sila bawa surat pengesahan, geran asal dan salinan dokumen maklumat penama / pemilik baharu bersama kenderaan tersebut ke PUSPAKOM untuk tujuan mendapatkan kelulusan (laporan B5) hasil daripada pemeriksaan kenderaan yang telah dijalankan
- Pastikan semua dokumen pengesahan pemilikan kenderaan kepada penama baharu serta pemeriksaan pindah milik (laporan B5 PUSPAKOM) diluluskan terlebih dahulu sebelum membuat urusan lain seperti buat insuran atau sebagainya yang berkaitan
Persoalan lain
Dalam kes lain, pemohon perlu ke Mahkamah Syariah mohon surat/ sijil Faraid (bagi orang Islam) disebabkan masalah pembahagian harta berikutan kenderaan ditinggalkan pemilik yang meninggal itu perlu mendapatkan persetujuan daripada semua waris untuk menetapkan siapa yang berhak keatas kenderaan tersebut Dalam kes yang merumitkan lagi, apabila pengguna kenderaan sekarang tiada sebarang ikatan pertalian darah (bukan waris) dengan pemilik asal yang tiba-tiba meninggal dunia selepas urusan jual beli atau proses pertukaran pemilikan tidak sempat dibuat. Sekiranya perkara ini terjadi pada anda sila dapatkan maklumat dan nasihat daripada pihak-pihak yang berbabit dengan urusan pertukaran hakmilik kenderaan
Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ
Sekiranya pautan borang berkenaan tidak boleh dicapai / diakses ia mungkin disebabkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami masalah atau borang tersebut tidak boleh digunapakai lagi Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ. Sehubungan dengan itu bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai perkara ini pemohon perlu merujuk ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi melancarkan proses urusan pertukaran hak milik berkenaan Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan.