PANDUAN TUNTUTAN PERLINDUNGAN MOTOR

Panduan tuntutan insuran sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada anda dan kenderaan yang dilindungi

Definisi :
  1. Tuntutan terhadap kerugian atau kerosakan yang dialami oleh kereta anda di dalam kemalangan pada sijil takaful anda sendiri sekiranya kemalangan itu adalah kesalahan anda.
  2. Kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) akan hilang apabila anda melakukan tuntutan.
  3. Hanya layak untuk sijil takaful motor komprehensif sahaja.​
Dokumen yang diperlukan :
  1. Dokumen yang diperlukan:
  2. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  3. Salinan Laporan Polis
  4. Salinan Saman Polis​ (jika ada)
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  6. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  7. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
  8. Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan
  9. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)
Definisi :
  1. OD-KFK adalah tuntutan Own Damage Knock for Knock (OD-KFK) sekiranya berlaku kemalangan kenderaan dan bukan disebabkan kesalahan peserta, anda boleh membuat tuntutan OD-KFK terhadap perlindungan komprehensif takaful/insurans sendiri tanpa menjejaskan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan lebih cepat.
  2. Berdasarkan perjanjian di antara dua syarikat takaful/insurans di mana apabila peserta/ pemegang sijil bagi kedua-dua syarikat mengalami kerugian/kehilangan/kerosakan di dalam kejadian sama yang dilindungi (selalunya kemalangan motor); setiap pengendali takaful/insurans akan menanggung kerugian yang dialami oleh peserta/pemegang sijil mereka sendiri tanpa mengambil kira pihak yang didapati bersalah.
  3. Nota: Ini ditentukan oleh keadaan kemalangan dan juga melalui Keputusan Siasatan Polis. Peserta harus memastikan pihak ketiga mempunyai perlindungan takaful /insurans bagi membolehkan tuntutan OD-KFK dibuat. Tuntutan OD-KFK tidak terpakai bagi kenderaan yang mengutip sewa dan tambang seperti teksi, bas dan kereta sewa.
Dokumen yang diperlukan :
  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Polis Saman (jika ada)
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  6. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh​) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
  7. Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan
  8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)
Dokumen tambahan :
  1. Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga
  2. Gambarajah Kemalangan oleh pihak polis
  3. Keputusan Siasatan Polis
  4. Carian JPJ perlindungan takaful/insuran pihak ketiga​
  5. Surat akuan dari peserta yang telah ditandatangan
Definisi :
  1. Sekiran​ya kerosakan kereta anda sangat teruk dan tidak selamat atau berhemat untuk dibaiki, Kami akan mengisyitiharkan Kereta Anda sebagai “Tidak Berhemat Dibaiki”
Dokumen yang diperlukan :
  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Polis Saman (jika ada)
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  6. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)​
Setelah tuntutan diluluskan (setelah surat tawaran dikeluarkan) :
  1. Kunci Kenderaan
  2. Surat akur janji daripada syarikat kewangan
  3. Borang JPJ K3 dalam 2 salinan yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  4. Borang JPJ K1C yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  5. Surat resolusi yang telah ditandatangani oleh pengarah dan disahkan Sekretari Syarikat ​ (jika kenderaan syarikat)
  6. Borang `Approved Permit & Custom Declaration’ (jika kenderaan import)
  7. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal yang ditandatangani dan dicop (sekiranya kenderaan syarikat) (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang asal (lihat contoh) berserta carian/ekstrak JPJ berkenaan “Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans”.
  8. Borang Pindahan Terus yang telah ditandatangani dan salinan buku simpanan bank atau penyata bank
  9. Resit Perlepasan yang telah ditandatangani bersama oleh peserta dan dicop oleh syarikat kewangan
Definisi :
  1. Tuntutan untuk menggantikan atau membaiki mana-mana kaca pada cermin depan/belakang, tingkap atau bumbung matahari yang pecah secara tidak sengaja. Anda tidak akan kehilangan kelayakan NCD jika tuntutan ini dibuat di bawah perlindungan manfaat tambahan cermin kereta.
Terdapat dua jenis Tuntutan Cermin:
  1. Penggantian :
    • Manfaat perlindungan tambahan cermin kereta akan tamat sebaik sahaja kaca itu diganti.
    • Sekiranya ingin terus menikmati perlindungan ini anda perlu kuat kuasakan semula perlindungan cermin kereta dan bayar sumbangan tambahan kepada kami.
  2. Pembaikan :
    • Jika kaca yang pecah dibaiki, maka manfaat tambahan perlindungan cermin kereta akan diteruskan tetapi amaun jumlah perlindungan berkurangan setelah ditolak dengan kos pembaikan.
    • Anda boleh kuat kuasakan semula amaun dengan membayar sumbangan tambahan kepada kami atau kekalkan baki yang ada selepas tuntutan.
Dokumen Yang Diperlukan :
  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  3. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh)
  4. Bil Tunai Asal
  5. Gambar menunjukkan kerosakan
  6. Gambar selepas penggantian cermin kereta​
  7. ​Surat Kebenaran Pembayaran (sekiranya peserta sudah menggantikan cermin kereta di bengkel)
  8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)
Definisi :
  1. Tuntutan dibuat jika kenderaan dicuri dan hanya sah untuk perlindungan takaful motor komprehensif atau kebakaran dan kecurian pihak ketiga.
Dokumen yang diperlukan:
  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
Setelah tuntutan diluluskan (setelah surat tawaran dikeluarkan):
  1. Kunci Kenderaan
  2. Surat akur janji daripada syarikat kewangan
  3. Borang JPJ K3 yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)​​ dalam 2 salinan
  4. Borang JPJ K1C yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  5. Surat resolusi yang telah ditandatangani oleh pengarah dan disahkan Sekretari Syarikat
  6. Police Investigation Result / Keputusan Siasatan Polis
  7. Borang Pindahan Terus yang telah ditandatangani dan salinan buku simpanan bank atau penyata bank
  8. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal yang ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat sahaja) (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan “Vehicle Ownership Certificate” (VOC) yang asal (lihat contoh) berserta carian/ekstrak JPJ berkenaan “Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans”
Definisi :
  1. Tuntutan yang dibuat oleh anda terhadap Syarikat Insurans /Takaful Pihak Ketiga untuk kos pembaikan sekiranya kemalangan berlaku berkaitan dengan perjanjian KFK ( Knock-for-Knock).
Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan Laporan Polis
  2. Pelan Lakaran dan Kunci (Police Sketch Plan and Key)
  3. Hasil Siasatan daripada Polis
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemilik Pihak Ketiga yang Sah
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  6. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh)
  7. Gambar Pelekat Cukai Jalan
  8. Laporan Pelaras, Bil, Resit and Gambar yang Asal
  9. Tuntutan Kerosakan / Kuantifikasi
  10. Anggaran daripada orang yang membaiki (untuk tuntutan yang minor, pelaras tidak akan dilantik)
  11. Resit bayaran asal kepada orang yang membaiki untuk Excess dan Undercover (untuk kerugian uncovered)
Definisi :
  1. Tuntutan kecederaan/kematian pihak ketiga di dalam kemalangan melibatkan kenderaan peserta. ​
Dokumen yang diperlukan:
  1. Surat perlantikan sebagai peguam plantif
  2. Saman dan Penyata Tuntutan
  3. Anggaran tuntutan
  4. Laporan –laporan polis Plantif dan Defenden
  5. Keputusan siasatan polis
  6. Laporan perubatan dan laporan pakar
  7. Penyemakan JPJ
  8. Rajah kasar dan kekunci serta gambar asal pihak polis
  9. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Plantif yang Sah
  10. Polisi insuran kenderaan Plantif