Perlindungan Travel Domestik & Luar Negara

Manfaat Utama

Dapatkan perlindungan patuh Syariah untuk kelewatan perjalanan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan dan kesulitan perjalanan.

100+ Reviews

Manfaat kemalangan diri

Faedah perubatan & lain-lain yang berkaitan

Pemindahan Perubatan Kecemasan dan Perbelanjaan Pengebumian

Manfaat kesulitan perjalanan

Kehilangan barang peribadi

Penjagaan perubatan tanpa tunai

Perlindungan untuk kehilangan barang berharga dan kelewatan perjalanan

Dapatkan pulangan tunai apabila anda tidak membuat tuntutan bagi pelan tahunan

Perlindungan COVID-19 untuk perjalanan ke luar Negara

Whatsapp kami untuk dapatkan sebut harga percuma untuk Perlindungan Perjalanan (Travel)

Call To Action
mUDAH & DIPERCAYAI

Cara Dapatkan Sebut Harga di YRenew

Isi Maklumat

Lengkapkan maklumat untuk dapatkan sebut harga.

Dihubungi Dalam 24 Jam

Pegawai jualan YRenew akan hubungi anda.

Buat Pembayaran

Proses sebut harga & bayaran dibuat secara online.

Terima Polisi Insurans

Bayaran dibuat dan polisi dikeluarkan.

Soalan Lazim

Dengan sumbangan tambahan, anda boleh mendapatkan perlindungan untuk aktiviti-aktiviti berikut
sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan:
a) Abseiling;
b) Terjun bungee;
c) Terjun udara;
d) Geluncur angin;
e) Menaiki helikopter untuk bersiar-siar;
f) Belon udara panas;
g) Maraton Ultra;
h) Konvoi bermotosikal*;
i) Sukan air – Jet ski, berdayung, kapal layar, layar-layang (parasailing), luncur air, luncur angin
(papan pelayar);
j) Mendaki gunung di bawah ketinggian 3,000 meter di atas aras laut dengan penggunaan tali dan lain-
lain peralatan mendaki;
k) Memanjat bukit dengan penggunaan tali dan lain-lain kelengkapan memanjat;
l) Meluncur salji dengan kebenaran rasmi di kawasan luncur yang diluluskan;
m) Sukan berkanu atau rakit redah jeram dengan pengajar yang bertauliah dan sehingga Tahap 3
(Kesukaran Sungai Skala Antarabangsa); dan
n) Aktiviti di bawah air yang melibatkan alat pernafasan tiruan untuk menyelam sehingga kedalaman
maksimum 30 meter dengan pengajar yang bertauliah dan mempunyai sijil yang diiktiraf.
Nota:

Dengan syarat aktiviti-aktiviti di atas dilakukan sebagai amatur dan untuk tujuan masa lapang dengan
pengendali berlesen semasa anda mengembara.

*Konvoi bermotosikal dikecualikan untuk perjalanan atau percutian dalam Kawasan1 (Domestik).

Individu/Dewasa mestilah berumur dari 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah berumur
dari 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 45 hari hingga
18 tahun, atau bawah umur 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.

Tuntutan Careline: 1 300 88 1007

Talian Bantuan Kecemasan: +603-2785 6565

Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari setahun.

Lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan di seluruh dunia dan mampu bertutur dalam
40 bahasa.

Bantuan Perjalanan termasuk:

  • Kehilangan bagasi, pasport atau dokumen
  • Bantuan penterjemah, maklumat cuaca, jaduah penerbangan, tempahan dan tiket
  • Rujukan jurubahasa atau terjemahan
  1. Bantuan Perubatan termasuk:

Pengurusan dan bayaran pendahuluan untuk rawatan anda
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut
mengenai perjalanan dan bantuan perubatan.

Rujukan perubatan, maklumat & nasihat 24 jam

Tempahan hotel/kereta sewa, temu janji rawatan dengan doktor tempatan dan
penghantaran ubat penting

Kawasan 1 (Domestik) : Malaysia

Kawasan 2 (Negara Asia seperti yang dinyatakan) : Bangladesh, Bhutan, Brunei, Cambodia, China, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Macau, Maldives, Myanmar, Pakistan, Sikkim, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Kawasan 3 : Seluruh dunia kecuali Malaysia, Nepal, Amerika Syarikat dan Kanada.

Kawasan 4 : Seluruh dunia termasuk Nepal, Amerika Syarikat dan Kanada (kecuali Malaysia